Sunday, December 25, 2011

MINGGU 3 dan 4 Komputer Dan Masyarakat

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera




Pada minggu 3 saya  dan pasangan kerja iaitu Hada Hayata telah diberi tugasan untuk membuat pilihan terhadap tajuk-tajuk yang disediakan oleh Dr Siti Fatimah Mohd Yassin melalui Yahoo groups GE1155-2011 dan saya telah mengambil keputusan untuk memilih tajuk komputer dan Masyarakat kerana saya amat berminat untuk mengulas dan mencari maklumat mengenainya.
Komputer adalah sebuah mesin atau alat yang berfungsi mengikut peraturan atau prosedur yang telah ditetap atau diprogramkan manakala masyarakat adalah sekumpulan manusia yamg tinggal disesuatu kawasan seperti daerah,bandar,negeri mahupun negara.
Komputer mempunyai banyak kepentingannya dalam kegiatan harian masyarakat diseluruh dunia sekarang ini.komputer banyak memberikan kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat antara kebaikannya adalah:

  • Mudah dalam mencari maklumat.Segala maklumat dapat dicari jika komputer tersebut mempunyai jaringan internet.Tanpa perlu bergerak manusia  akan dapat maklumat kursusnya bagi golongan pelajar,ahli pernigaan,pendidik dan sebagainnya
  • Jimat masa dan tenaga.banyak aktivit pekerjaan dapat disiapkan dengan cepat dan tidak menggunakan kudrat.
  • dapat menyimpan data,dokumen atau perkara yang sangat penting dalam jangka masa yang agak panjang.
  • komputer turut memudahkakan dan melancarkan aktiviti pendidikan,perindustrian,perdagangan,perubatan,pertahanan,kesenian,rekreasi,perbankan dan lain-lain yang memerlukan kecekapan komputer                                                                                 1.Pendidikan   


               memudahkan golongan pendidik dan pelajar dalam mencari apa-apa maklumat yang perlu
dicari untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Pelajar juga dapat
mencari maklumat untuk meyempurnakan tugasan yang diberi oleh guru mahupun pensyarah
mereka.Golongan pendidik juga dapat memudahkan proses pembelajaran dan pembelajaran
kerana nota-nota dan maklumat baru dapat diberi melalui e-learning walaupun golongan
pendidik tidakberada ditempat pelajar oleh itu pelajar boleh memperolehi nota-nota dan
maklumat baru daripada guru atau pensyarah mereka contohnya diUniversiti Kebangsaan
Malaysia yang menggunakan SPIN yang dapat membantu melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran.Selain itu guru atau pensyarah dapat menyimpan data-data kehadiran,markah,biodata
pelajar dan lain-lain yang berkaitan pelajar mereka

2.Perindustrian

memudahkan para penggiat industri menhasilkan design baru dan produk baru disamping
mengeluarkan produktivit dengan penggunaan mesin dan robot bagi mengurangkan penggunaan
tenaga buruh contohnya Industri pembuatan kereta yang banyak menggunakan mesin dan robot
yang dikawal oleh manusia melalui komputer untuk menghasilkan kereta.

3.Pertahanan

Kebanyakan negara kursusnya negara maju telah menggunakan komputer bagi mengawal
peralatan pertahanan seperti jet,peluru berpandu,kapal dan sebagainya untuk mengurangkan
penggunaan tenaga manusia yang akan melibatkan kehilangannya contohnya kebanyakan
pesawat tentera udara Amerika syarikat dan Russia menggunakan pesawat tanpa pemandu yang
dikawal oleh manusia melalui komputer.

4.Perubatan

Komputer dapat memudahkan golongan peruabatan dalam menyimpan data pesakit,jenisjenis
ubat,bilangan pesakit,dan sebagainya.dengan menggunakan komputer doktor dapat
mendiagnosis penyakit pesakit dengan mudah.Begitu juga dengan computer axial tomography
yang menghasilkan sinar-x bergerak.

5.Perdagangan

Memudahkan persediaan barang-barang untuk didagangkan,peyimpanan data-data
perdagangan,dokumen dan sebagainya.disamping pembayaran tunai visa secara elektronik dapat
dijalankan.

6.Komunikasi
masyarakat dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah melalui komputer yang
mempunyai internet iaitu melalui email,voice mail,facebook,twitter dan sebagainya.

7.Seni
Dengan adanya komputer dapat memudahkan golongan pekarya seni dalam menghasilkan
produk kesenian mereka contohnya dalam menghasilkan muzik,filem.lagu.dan sebagainya
dengan cepat dan mudah.






8.Perbankan
kemudahan dalam pemindahan wang dan penerimaan wang melalui mesin wang elektronik
atau ATM dan mesin deposit wang yang disediakan disemua bank yang berdaftaf yang mana
urusannya tiap-tiap hari dan 24jam beroperasi bagi kebanyakan bank.disamping itu pembayaran
yuran pengajian,bil air,elektrik dan lain dapat dilakukan secara online jika seseorang mempunyai
baki akaun dalam bank.

9.Rekreasi

permainan untuk menghiburkan masyarakat contohnya diTaman tema Genting Higland seperti
rooller coaster,kuda bergerak, cawan berpusing dan sebagainya yang dikawal oleh manusia
melalui komputer.

Namun begitu terdapat juga keburukan dalam penggunaan komputer antaranya adalah;

  • Manusia terlalu  bergantung kepada komputer dalam membuat kerja.
  • kualiti kerja mengguanakan komputer mungkin tidak setanding dengan tenaga manusia seperti dalam kualiti pembuatan kereta.
  • berlakunya masalah sosial dan kes penipuan.
  • pengangguran yang tinggi kerana banyak sektor pekerjaan yang menggunakan komputer berbanding tenaga manusia.
  • Laman web kerajaan digodam.
Rujukan



Kesimpulan
Komputer banyak memberi kebaikan namum harus panda dan berhemah dalam menggunakannya kerana akan mendatangkan keburukan jika menyalahgunakannya.Oleh itu kita harus bijak menggunakannya.sekian sahaja daripada saya.Sekian Terima kasih.