Assalamua'alaikum W.B.T
Komputer dalam pendidkan adalah salah satu subjek wajib fakulti oleh itu pelajar fakulti Pendidikan wajib mengambil kelas subjek tersebut.Perlunya subjek tersebut ialah kerana seseorang guru mesti menguasai kemahiran berkomputer dengan baik,dengan kata lain untuk memudah tugas sebagai guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran,mencari maklumat,berhubung dan sebagainya.Oleh yang demikian saya harus mempelajari subjek tersebut.Saya telah memasuki kelas Komputer Dalam Pendidikan pada 22 September 2011 iaitu hari khamis dari pukul9 pagi hingga pukul 12tengahhari dimakmal komputer3 saya berada dalam kumpulan 3 yang mana diajar oleh Dr Siti Fatimah Mohd Yassin sendiri.
Pada kelas yang pertama saya dan rakan-rakan yang lain telah ditunjukan struktur kursus iaitu tentang perkara yang perlu dibuat oleh kami sepanjang mempelajari subjek komputer dalam pendidikan.Selain itu juga saya telah belajar untuk membuat akaun google atau gmail serta blogger dan akaun yahoo yang rasmi bagi memudahkan proses penerimaan dan penyampaian maklumat kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Disamping itu juga saya disuruh supaya mendaftar akaun face book,face group,yahoo group sendiri dan menyertai yahoo group iaitu group ge1155-2011 untuk memudahkan lagi penyebaran maklumat.
1.Cara Pendaftaran Akaun Google atau Gmail Dan Akaun Yahoo
Cara untuk mendaftar akaun google atau gmail ialah memasuki laman sesawang google,seterusnya klik pada gmail.com dan klik pada "create an account".Bagi memulakan proses kita mesti mengisi semua maklumat yang diminta.Manakala untuk mendaftar yahoo pula adalah dengan membuka laman sesawang yahoo terlebih dahulu.selepas itu mesti klik pada sign up dan pelajar perlu ikut arahan yang diberi.Cara pendaftaran kedua-dua akaun tersebut adalah sama.Tugasan yang seterusnya ialah pelajar harus membuat signature tentang maklumat diri bagi kedua-dua akaun tersebut.Selepas selesai semua itu kami telah menghantar e-mail kepada penyarah pembimbing kami iaitu Dr Siti Fatimah Mohd Yassin.
2.Mendaftar Akaun Facebook
Para pelajar juga telah belajar membuat akaun facebook yang rasmi iaitu dengan mengguna nama sebenar bukan nama gelaran.Selepas itu pelajar mestilah menambah rakan-rakan dalam facebook terutamanya rakan-rakan satu kelas dan Dr Siti Fatimah Mohd Harun serta penyarah-penyarah yang lain.Untuk mendaftar akaun facebook kita mestilah mengisi maklumat diri yang telah ditetapkan seperti nama,alamat e-mail,tarikh lahir dan sebagainya tetapi sebelum itu kita mesti klik pada sign up terlebih dahulu.
3.Menyertai Dan Membuat yahoo group
Selepas itu kami telah menyertai yahoo group http://group,yahoo.com/group/ge1155-2011 untuk memudah penyebaran maklumat kepada pelajar-pelajar.Cara untuk menyertai group tersebut adalah dengan memasuki laman sesawang yahoo dan klik pada menu'yahoo group' yang berada disebelah kiriSelain itu juga para pelajar mesti membuat 'yahoo group'sendiri seterus menjemput penyarah pembimbing dan rakan-rakan menyertai group tersebut.Keadaan ini dapat memudahkan pelajar untuk membuat
web portfolio untuk tugasan akan datang.
4.Membuat Facebook Group
Selepas itu kami telah membuat 'facebook group' dengan akaun facebook sedia ada.Kami telah membuat face group sendiri dengan menggunakan nombor pendaftaran pelajar atau matrik dan kumpulan kami sebagai nama facebook tersebut.Selepas itu saya telah mengajak pensyarah pembimbing dan rakan yang lain menyertai group saya.
5.Pendaftaran Blog
Ini merupakan pengalaman pertama saya dan mungkin rakan-rakan yang lain dalam membuat blog yang mana saya seumur hidup saya tidak pernah mengarang blog.Keadaan ini telah membuatkan saya rasa berminat untuk belajar subjek ini.Blog dibuat melalui
akaun google yang telah ada.Pelajar mesti membuat blog adalah kerana dapat berkongsi pengalaman dan cara pembelajaran semasa dalam kelas.Blog pelajar mesti nampak menarik mengikut kretiviti masing-masing.
Kesimpulan
Banyak yang telah saya belajar mengenai komputer walaupun banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan saya berasa terlalu cetek ilmu dalambidang komputer ini lalu saya perlu belajar banyak lagi untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.Bagi saya subjek ini sangat menarik untuk dipelajari dan sangat berbeza berbanding subjek lain yang mana banyak menggunakan komputer atau teknologi baru.Keadaan ini akan menimbul sedikt kecacatan bagi pelajar yang tidak mempunyai komputer.Itu sahaja yang dapat saya pada blog ini dan ribuan terma kasih kepada Dr SitiFatimah Mohd Harun telah banyak mengajar begitu juga rakan-rakan sekelas yang banyak membantu saya dan tidak dilupakan kepada anda yang membaca blog ini.Sekian terima kasih.