Sunday, December 25, 2011

MINGGU 3 dan 4 Komputer Dan Masyarakat

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera




Pada minggu 3 saya  dan pasangan kerja iaitu Hada Hayata telah diberi tugasan untuk membuat pilihan terhadap tajuk-tajuk yang disediakan oleh Dr Siti Fatimah Mohd Yassin melalui Yahoo groups GE1155-2011 dan saya telah mengambil keputusan untuk memilih tajuk komputer dan Masyarakat kerana saya amat berminat untuk mengulas dan mencari maklumat mengenainya.
Komputer adalah sebuah mesin atau alat yang berfungsi mengikut peraturan atau prosedur yang telah ditetap atau diprogramkan manakala masyarakat adalah sekumpulan manusia yamg tinggal disesuatu kawasan seperti daerah,bandar,negeri mahupun negara.
Komputer mempunyai banyak kepentingannya dalam kegiatan harian masyarakat diseluruh dunia sekarang ini.komputer banyak memberikan kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat antara kebaikannya adalah:

  • Mudah dalam mencari maklumat.Segala maklumat dapat dicari jika komputer tersebut mempunyai jaringan internet.Tanpa perlu bergerak manusia  akan dapat maklumat kursusnya bagi golongan pelajar,ahli pernigaan,pendidik dan sebagainnya
  • Jimat masa dan tenaga.banyak aktivit pekerjaan dapat disiapkan dengan cepat dan tidak menggunakan kudrat.
  • dapat menyimpan data,dokumen atau perkara yang sangat penting dalam jangka masa yang agak panjang.
  • komputer turut memudahkakan dan melancarkan aktiviti pendidikan,perindustrian,perdagangan,perubatan,pertahanan,kesenian,rekreasi,perbankan dan lain-lain yang memerlukan kecekapan komputer                                                                                 1.Pendidikan   


               memudahkan golongan pendidik dan pelajar dalam mencari apa-apa maklumat yang perlu
dicari untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Pelajar juga dapat
mencari maklumat untuk meyempurnakan tugasan yang diberi oleh guru mahupun pensyarah
mereka.Golongan pendidik juga dapat memudahkan proses pembelajaran dan pembelajaran
kerana nota-nota dan maklumat baru dapat diberi melalui e-learning walaupun golongan
pendidik tidakberada ditempat pelajar oleh itu pelajar boleh memperolehi nota-nota dan
maklumat baru daripada guru atau pensyarah mereka contohnya diUniversiti Kebangsaan
Malaysia yang menggunakan SPIN yang dapat membantu melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran.Selain itu guru atau pensyarah dapat menyimpan data-data kehadiran,markah,biodata
pelajar dan lain-lain yang berkaitan pelajar mereka

2.Perindustrian

memudahkan para penggiat industri menhasilkan design baru dan produk baru disamping
mengeluarkan produktivit dengan penggunaan mesin dan robot bagi mengurangkan penggunaan
tenaga buruh contohnya Industri pembuatan kereta yang banyak menggunakan mesin dan robot
yang dikawal oleh manusia melalui komputer untuk menghasilkan kereta.

3.Pertahanan

Kebanyakan negara kursusnya negara maju telah menggunakan komputer bagi mengawal
peralatan pertahanan seperti jet,peluru berpandu,kapal dan sebagainya untuk mengurangkan
penggunaan tenaga manusia yang akan melibatkan kehilangannya contohnya kebanyakan
pesawat tentera udara Amerika syarikat dan Russia menggunakan pesawat tanpa pemandu yang
dikawal oleh manusia melalui komputer.

4.Perubatan

Komputer dapat memudahkan golongan peruabatan dalam menyimpan data pesakit,jenisjenis
ubat,bilangan pesakit,dan sebagainya.dengan menggunakan komputer doktor dapat
mendiagnosis penyakit pesakit dengan mudah.Begitu juga dengan computer axial tomography
yang menghasilkan sinar-x bergerak.

5.Perdagangan

Memudahkan persediaan barang-barang untuk didagangkan,peyimpanan data-data
perdagangan,dokumen dan sebagainya.disamping pembayaran tunai visa secara elektronik dapat
dijalankan.

6.Komunikasi
masyarakat dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah melalui komputer yang
mempunyai internet iaitu melalui email,voice mail,facebook,twitter dan sebagainya.

7.Seni
Dengan adanya komputer dapat memudahkan golongan pekarya seni dalam menghasilkan
produk kesenian mereka contohnya dalam menghasilkan muzik,filem.lagu.dan sebagainya
dengan cepat dan mudah.






8.Perbankan
kemudahan dalam pemindahan wang dan penerimaan wang melalui mesin wang elektronik
atau ATM dan mesin deposit wang yang disediakan disemua bank yang berdaftaf yang mana
urusannya tiap-tiap hari dan 24jam beroperasi bagi kebanyakan bank.disamping itu pembayaran
yuran pengajian,bil air,elektrik dan lain dapat dilakukan secara online jika seseorang mempunyai
baki akaun dalam bank.

9.Rekreasi

permainan untuk menghiburkan masyarakat contohnya diTaman tema Genting Higland seperti
rooller coaster,kuda bergerak, cawan berpusing dan sebagainya yang dikawal oleh manusia
melalui komputer.

Namun begitu terdapat juga keburukan dalam penggunaan komputer antaranya adalah;

  • Manusia terlalu  bergantung kepada komputer dalam membuat kerja.
  • kualiti kerja mengguanakan komputer mungkin tidak setanding dengan tenaga manusia seperti dalam kualiti pembuatan kereta.
  • berlakunya masalah sosial dan kes penipuan.
  • pengangguran yang tinggi kerana banyak sektor pekerjaan yang menggunakan komputer berbanding tenaga manusia.
  • Laman web kerajaan digodam.
Rujukan



Kesimpulan
Komputer banyak memberi kebaikan namum harus panda dan berhemah dalam menggunakannya kerana akan mendatangkan keburukan jika menyalahgunakannya.Oleh itu kita harus bijak menggunakannya.sekian sahaja daripada saya.Sekian Terima kasih. 

Sunday, October 16, 2011

Minggu Kedua

Assalamua'alaikum W.B.T

           Alhamdulillah saya telah dapat menyiapkan tugasan minggu kedua iaitu Sistem pengurusan pembelajaran(LMS).walaupun lambat untuk menyiapkannya namun saya tetap untuk berusaha bagi menyiapkan tugasan yang diberi pada 29September2011 iaitu hari khamis.Rakan tugasan ini adalah Hada Hayata walaupun dia tidak faham apa yang dtuturkan oleh saya secara lisan mahupun melalui facebook namun saya tetap untuk menyiap tugasan ini dengan bantuan rakan-rakan yang lain dan sedikit penerangan secara lisan oleh Hada Hayata selain daripada mencari maklumat melalui internet.

             Apa yang saya telah saya dapat daripada Sistem Pengusan Pembelajaran adalah Sistem tersebut telah banyak membantu para pelajar dan pensyarah untuk,berinteraksi,berhubung,dan sebagainya dengan cepat dan mudah.Penyarah-pensyarah juga dapat meyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar tanpa berjumpa dengann para pelajar kerana seseorang penyarah mempunyai masa yang sangat terhad dan kadang-kadang mereka tidak berada dikampus kerana banyak urusan yang lain perlu mereka selesaikan oleh itu dengan adanya sistem ini pensyarah-pensyarah dapat memberi nota dan maklumat Sistem Pengurusan Pembelajarn.Contohnya saya yang belajar diUniversiti Kebangsaan Malaysia akan menggunakan SPIN iaitu sebuah Sistem Pengurusan Pembelajaran  yang mana saya dapat mengambil nota,maklumat,tugasan dan sebagainya daripada Pensyarah-pensyarah saya melalui SPIN  dengan cepat dan mudah.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran sila layari laman web tersebut
http://www.facebook.com/groups/a137203s1k3mohamaddiniesaifullah/
                 Kesimpulannya sistem tersebut telah banyak memberi kebaikan kepada pensyarah-penyarah,dan saya serta pelajar-pelajar yang lain oleh itu Sistem ini harus diperluaskan bukan sahaja di institusi pendidikan malah ke institusi yang lain juga..Itu sahaja laporan daripada saya untuk tugasan ini.Sekian terima kasih. 

Sunday, October 9, 2011

Komputer Dalam Pendidikan Dan Pembelajaran

Assalamua'alaikum W.B.T

Komputer dalam pendidkan adalah salah satu subjek wajib fakulti oleh itu pelajar fakulti Pendidikan wajib mengambil kelas subjek tersebut.Perlunya subjek tersebut ialah kerana seseorang guru mesti menguasai kemahiran berkomputer dengan baik,dengan kata lain untuk memudah tugas sebagai guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran,mencari maklumat,berhubung dan sebagainya.Oleh yang demikian saya harus mempelajari subjek tersebut.Saya telah memasuki kelas Komputer Dalam Pendidikan pada 22 September 2011 iaitu hari khamis dari pukul9 pagi hingga pukul 12tengahhari dimakmal komputer3 saya berada dalam kumpulan 3 yang mana diajar oleh Dr Siti Fatimah Mohd Yassin sendiri.

Pada kelas yang pertama saya dan rakan-rakan yang lain telah ditunjukan struktur kursus iaitu tentang perkara yang perlu dibuat oleh kami sepanjang mempelajari subjek komputer dalam pendidikan.Selain itu juga saya telah belajar untuk membuat  akaun google atau gmail serta blogger dan akaun yahoo yang rasmi bagi memudahkan proses penerimaan dan penyampaian maklumat kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Disamping itu juga saya disuruh supaya mendaftar akaun face book,face group,yahoo group sendiri dan menyertai yahoo group iaitu group ge1155-2011 untuk memudahkan lagi penyebaran maklumat.

1.Cara Pendaftaran Akaun Google atau Gmail Dan Akaun Yahoo
   Cara untuk mendaftar akaun google atau gmail ialah memasuki laman sesawang google,seterusnya klik pada gmail.com dan klik pada "create an account".Bagi memulakan proses kita mesti mengisi semua maklumat yang diminta.Manakala untuk mendaftar yahoo pula adalah dengan membuka laman sesawang yahoo terlebih dahulu.selepas itu mesti klik pada sign up dan pelajar perlu ikut arahan yang diberi.Cara pendaftaran kedua-dua akaun tersebut adalah sama.Tugasan yang seterusnya ialah pelajar harus membuat signature tentang maklumat diri bagi kedua-dua akaun tersebut.Selepas selesai semua itu kami telah menghantar e-mail kepada penyarah pembimbing kami iaitu Dr Siti Fatimah Mohd Yassin.

2.Mendaftar Akaun Facebook
Para pelajar juga telah belajar membuat akaun facebook yang rasmi iaitu dengan mengguna nama sebenar bukan nama gelaran.Selepas itu pelajar mestilah menambah rakan-rakan dalam facebook terutamanya rakan-rakan satu kelas dan Dr Siti Fatimah Mohd Harun serta penyarah-penyarah yang lain.Untuk mendaftar akaun facebook kita mestilah mengisi maklumat diri yang telah ditetapkan seperti nama,alamat e-mail,tarikh lahir dan sebagainya tetapi sebelum itu kita mesti klik pada sign up terlebih dahulu.

3.Menyertai Dan Membuat yahoo group
Selepas itu kami telah menyertai yahoo group http://group,yahoo.com/group/ge1155-2011 untuk memudah penyebaran maklumat kepada pelajar-pelajar.Cara untuk menyertai group tersebut adalah dengan memasuki laman sesawang  yahoo dan klik pada menu'yahoo group' yang berada disebelah kiriSelain itu juga para pelajar mesti membuat 'yahoo group'sendiri seterus menjemput penyarah pembimbing dan rakan-rakan menyertai group tersebut.Keadaan ini dapat memudahkan pelajar untuk membuat web portfolio untuk tugasan akan datang.

4.Membuat Facebook Group
Selepas itu kami telah membuat 'facebook group' dengan akaun facebook sedia ada.Kami telah membuat face group sendiri dengan menggunakan nombor pendaftaran pelajar atau matrik dan kumpulan kami sebagai nama facebook tersebut.Selepas itu saya telah mengajak pensyarah pembimbing dan rakan yang lain menyertai group saya.

5.Pendaftaran Blog
Ini merupakan pengalaman pertama saya dan mungkin rakan-rakan yang lain dalam membuat blog yang mana saya seumur hidup saya tidak pernah mengarang blog.Keadaan ini telah membuatkan saya rasa berminat untuk belajar subjek ini.Blog dibuat melalui akaun google yang telah ada.Pelajar mesti membuat blog adalah kerana dapat berkongsi pengalaman dan cara pembelajaran semasa dalam kelas.Blog pelajar mesti nampak menarik mengikut kretiviti masing-masing.

Kesimpulan
Banyak yang telah saya belajar mengenai komputer walaupun banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan saya berasa terlalu cetek ilmu dalambidang  komputer ini lalu saya perlu belajar banyak lagi untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.Bagi saya subjek ini sangat menarik untuk dipelajari dan sangat berbeza berbanding subjek lain yang mana banyak menggunakan komputer atau  teknologi baru.Keadaan ini akan menimbul sedikt kecacatan bagi pelajar yang tidak mempunyai komputer.Itu sahaja yang dapat saya pada blog ini dan ribuan terma kasih kepada Dr SitiFatimah Mohd Harun telah banyak mengajar begitu juga rakan-rakan sekelas yang banyak membantu saya dan tidak dilupakan kepada anda yang membaca blog ini.Sekian terima kasih.